Zabidi Ali

Haji Zabidi Ali ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh mewakili PAS selepas menang bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 1978. Beliau antara tokoh ulama tempatan yang menghadiri persidangan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang kemudiannya menubuhkan PAS pada November 1951[1]. Dalam pilihan raya Tanah Melayu yang pertama, beliau telah mewakili PAS bertanding di kawasan Seberang Perai Selatan[2] namun tewas kepada calon MCA, Tay Hooi Soo.Zabidi dilahirkan di Bukit Mertajam, Seberang Perai. Beliau memperoleh pendidikan di Sekolah Arab Kuala Kangsar. Beliau merupakan presiden pengasas bagi Pertubuhan Petani Se-Malaya, selain pernah menjadi presiden Liga Pesawah Padi Seberang Perai, pengerusi Kesatuan Kerjasama Kilang Beras Seberang Perai dan anggota jawatankuasa kerja PAS[3].